Cucur udang rangup luar lembut dalam
Bahan :
tepung gandum 1/2kg
Telur sebiji
Udang (suka hati nak banyak mana)
Kucai Rm 1.00 (potong ikut suka)
Taugeh
Bawang besar (potong dadu)
Baking powder 1sudu besar
Garam
Pewarna kuning telur (3/4 titik)
Cara :
1. Gaul semua bahan kecuali pewarna makanan.
2. Isi air dan kacau. Tahap kepekatan sampai dia boleh jatuh dengan mudah dari sudu.
3. Isi pewarna makanan. Rasakan bahan tadi cukup garam ke idak. Rehatkan 5 minit
4. Panaskan minyak. Minyak panas slowkan api sekejap dan masukkan bancuhan tepung pada dinding kuali.
5. Kuatkan api semula. Dan goreng garing. Bukan sampai hangit. Kalau hangit kau telan sesorang.
6. Angkat. Toskan minyak. Makan dengan sos cili
7. Nak buat sambal dia senang je, lada merah besar buang biji. Blend dengan bawang putih. Masukkan dalam periuk. Dah gelegak isi air ikut tahap kepekatan korang nak. Isi sos cili dan gula. Isi cuka sikit kalau suka masam. Masak sampai korang suka tahap likat dia.