FROZEN MANGO FLOAT
Selain mangga, kalau nak buat dengan DURIAN ke, AVOCADO ke pun boleh sedap gila.
Bahan-bahan:
6 biji buah mangga yang masak ranum, di buang kulit dan cuci bersih
2 cawan anchor UHT heavy krim (yg sejuk dari peti ais)
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila
Biskut marie atau cream cracker atau digestive crackers secukupnya (saya guna graham crackers)
Cara-cara:
Kupas mangga, hiris setengah dan kemudian potong potongan separuh memanjang ke jalur nipis. Ketepikan.
Guna mixer, pukul heavy krim dalam sehingga kembang dua kali ganda.
Masukkan susu pekat dan esen vanila, Campurkan sehingga sebati.
Letakkan lapisan biskut marie (graham cracker) di bahagian bawah loyang 8 inci atau bekas apa apa yang anda suka.
Masukkan 1/3 campuran heavy krim ratakan di atas biskut marie dan kemudian lapis kan dengan potongan mangga. Ulangi proses sehingga habis.
Tutup loyang dengan plastic wrap, sejukan di dalam freezer semalaman, esok dah boleh makan.
Sumber: Lina Thomas