Search
Search
Sotong goreng tepung muhammad sajat

Sotong goreng tepung muhammad sajat

Bahan-bahan:

Sotong 2kg

Telur 5 biji

Bawang putih 1 labu (ditumbuk)

Tepung jagung 2 cawan

Tepung beras 2 cawan

Tepung gandum 1 cawan

Serbuk lada hitam

Paprika

Serbuk cukup rasa

Cara-cara:

Potong dan bersihkan sotong.

Toskan airnya sehingga betul betul kering.

Gaulkan sotong dengan bawang putih yang telah ditumbuk halus.

Sementara itu, campurkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, serbuk lada hitam, paprika dan serbuk cukup rasa ke dalam tupperware yang bertutup.

Kemudian celup sotong ke dalam telur dan letak ke dalam tupperware campuran tepung tadi.

Goncangkan tupperware supaya sotong sekata dengan campuran tepung tersebut.

Goreng secara deep fry. Bila dah garing, boleh angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidang

Sumber : Amira Hanif

KeDapur

Nota

Resepi yang ada adalah dari penulis sendiri. Anda boleh cuba mana-mana resepi yang ada.