Udang, tepung jagung, garam dan perasa..
Gaul2 kn goreng garing(ketepikn)
Bahan-bahan untuk goreng telur
Telur (kuning sahaja, dikacau macam nak buat telur dadar tu sehingga gebu)
Minyak,butter
Cili padi dihiris
Daun kari
Cara-cara
Panaskan Planta/Marjerin di campur dgn minyak, dah betul2 panas terus senduk pusing2 kn.. masukkan telur kuning (part ni kena ada skill sikit, mangkuk yg ada telur kuning yg telah dikacau diangkat tinggi dan pelan2 di tuang di dalam kuali untuk dapatkan telur yang macam dlm gambar), sambil tuang kuning telur tu kena kacau laju2 supaya buih telur tak terlalu membuak.
Sambil kacau tu masukkan sedikit perasa, gula, kacau sehingga warna sarang telur ke emasan, kemudian masukkan daun kari dn cili dalam telur yg sedang dikacau dan sebatikan…tk perlu letak garam ye..sbb butter dh masin
Lepastu cepat2 tapis telur tadi dalam tapisan..pastikan minyak betul2 ditapis dan boleh dihidang.