Search
Search
Baked Macaroni Meatball’ gemersik kalbu

Baked Macaroni Meatball’ gemersik kalbu

Bahan-Bahan:

(Creamy sauce) :

1 cawan susu segar

2 sudu besar buttercup/marjerin

1 sudu besar tepung gandum

Cara Membuat:

** Masak atas api yang kecil hingga sedikit pekat. Sentiasa kacau dengan whisk supaya tidak berketul. Ketepikan.

(Macaroni)

1 cawan macaroni

1 bungkus bebola daging (Terpulang nak guna banyak mana)

1 labu bawang merah (dicincang halus)

2 ulas bawang putih (diketuk & dicincang halus)

1 cawan daging hancur/kisar

1 sudu kecil lada hitam (dikisar halus)

1 batang lobak merah & lada benggala hijau (dipotong dadu)

1 tin SOS prego (300gram)

garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Rendam makaroni dalam 30min sebelum direbus. Rebus hingga empuk dengan sedikit garam & minyak.

2. Basuh, toskan & goreng bebola daging bersama minyak hingga garing.

3. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dah dicincang tadi hingga naik bau, jangan hangus.

4. Masukkan pula daging kisar dan letak 1 sudu kecil lada hitam yang dikisar halus & garam secukupnya . Kalau nak pedas letak black pepper lebih tak pe.

5.Masukkan lobak merah dan lada benggala kedalam bahan tumisan tadi. Kacau rata & masak hingga air daging tadi sedikit kering.

6. Masukkan 1 tin SOS prego ke dalam bahan-bahan tadi, diikuti dengan bebola daging yang telah kita gorengkan tadi. Masak lagi hingga kuah mendidih.

7. Dah mendidih,masukkan macaroni yang telah direbus & kacau rata. Matikan api.

8. Panaskan oven dalam 10min dengan suhu 170 .

9. Susun bebola daging ke dalam aluminium foil. Selepas tu ceduk pulak macaroni. Curah dengan creamy sos yang mula-mula kita buat tadi. Kalau nak pedas, tambah cili hiris kat atas tu. Kemudian bakar selama 20min atau hingga cheese mencair. Dah tu, tabur la mozzarella cheese sebanyak yang suka.Tabur mozzarella cheese untuk effect ‘tarik-tarik’ selepas masak.

Selamat mencuba

KeDapur

Nota

Resepi yang ada adalah dari penulis sendiri. Anda boleh cuba mana-mana resepi yang ada.