Bahan-bahan (untuk 2-3 orang)
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu full cream
2 sudu besar gula halus / gula kastor
2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
2 sudu marjerin (cairkan)
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Cara-cara
Campurkan semua bahan kering
Dalam bekas lain campurkan juga semua bahan basah
Masukkan bahan kering dlm bahan basah
Kacau sebati jangan terlalu lama tau
Rehatkan adunan selama 15 minit
Panaskan non stick pan masukkan 2 senduk adunan
Bila dah berlubang tu maksudnya dah masak la
Boleh terbalikkan dan siap !!
Sumber :kakdil