Search
Search
Donut super gebu bantal kekabu

Donut super gebu bantal kekabu

Donut Super Gebus Kak Cik..

Sy sertakan sekali video cara ROUNDING dan buat LOBANG tengah donut guna tangan dan gambar guna Nozel Semperit.

ROUNDING Bun juga guna cara ini. Doh lebih padat dan permukaan lebih licin.

Nak dapat Donut Gebu dan ringan kena uli hingga elastik.

Untuk dapatkan ring pada donut :

Semasa mengoreng, hendaklah dibalikkan dua kali sahaja, bila bahagian sebelah donut keperangan, alih kebahagian sebelah lagi. Goreng dengan api sederhana.

Pada yg baru nk belajar buat donut, bolehlah intai2๐Ÿ˜„

Kalau ada yg nak resepi bagitau, nnti kak cik update.

Resepi Donut Super Gebu

4 cawan tepung gandum

250 – 350ml (lebihkurang) air sejuk

2 biji telur kuning

4 sb shortening/ margerin

2 sb susu tepung

1 sb susu pekat

3 sb gula

1 sk garam

2 sb yis

1 sb water roux (lihat nota di bawah)

Cara:

Pukul telur satukan dengan air, campurkan semua bahan kecuali shortening/margerin. Uli hingga jadi doh, kemudian baru masukkan shortening/margerin. Uli lagi hingga elastik utk dapat donut yg sangat lembut. Perap hingga naik 2 kali ganda. Buang angin.

Timbang 40gm buat rounding hingga licin, buat bentuk agak bulat dan leperkan sedikit. Biarkan don naik lagi, kemudian lobangkan, naikkan lagi doh sebentar dn goreng dengan api sederhana hingga keperangan.

Untuk dapatkan ring pada donut, tipsnya hanya dua kali balik. Bila bahagian sebelah dah keperangan baru dibalikkan kebahagian sebelah lagi.

Nota: Water Roux

1 sb tepung, 3/4 cawan air. Masak hingga agak kental dan ambil 1 sb utk dimasukkan dlm donut.

Selamat mencuba๐Ÿ˜„

Semoga Bermanfaat.

Sumber: amie samuri via mahn

KeDapur

Nota

Resepi yang ada adalah dari penulis sendiri. Anda boleh cuba mana-mana resepi yang ada.