Bahan-bahan :
5 biji telur gred B
1sb ovelete
150g gula halus (kalau x suka manis boleh kurangkan)
1sk baking powder
150g tepung gandum
1sk pewarna hijau
1sb emulco pandan (guna yg coconut pandan best wangi gile)
80ml butter dicairkan (unsalted)
80ml susu cair
Esen vanila
Cara-cara :
1. Satukan telur, ovelete, esen vanila dan gula. Mix sampai berbuih.
2. Masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak. Mix sampai kembang dan gebu.
3. Masukkan susu cair dan mix lagi sehingga kembang.
4. Masukkan butter yg telah di cairkan dan kaup balik je.
5. Masukkan dalam loyang size 8. Boleh guna kaedah bakar atau kukus. Sy kukus je 45 minit atau sehingga masak api sederhana.
Resepi gula melaka :
1 1/2 keping gula melaka
1/2 cawan air
1sb tepung jagung
Daun pandan
Cara-cara :
1. Masukkan gula melaka, air dan daun pandan. Masak hingga larut.
2. Kemudian masukkan tepung jagung dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
Resepi meringue buttercream : (boleh pelbagaikan gne fresh cream @ cream cheese dan mcm2 lg)
2 biji putih telur
200g unsalted butter
100g gula halus
Esen vanila
Cara-cara:
1. Satukan putih telur dan gula halus, masak secara double boiled. Masak sehingga gula cair.
2. Masukkan putih telur yg dimasak td ke dlm mangkuk dan mix sehingga bertanduk. Masukkan butter sedikit demi sedikit dr low speed ke medium speed, bila dah sebati msukkan esen vanila dan kacau rata.
Sumber: Nurul Shafira