Bahan A
100 gm butter – lembutkan pada suhu bilik
150 gm gula caster
3 sudu makan plain yoghurt (bukan yoghurt drink)
Bahan B
3 biji telur yang besar – dipukul sekejap dengan garfu
1 sudu teh esen vanilla
Parutan kulit lemon – dari 1 biji lemon
1 sudu makan jus lemon
Bahan C
210 gm tepung kek atau tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Bahan D
Buah-buahan – Strawberry, blueberry, kiwi, peach dlm tin atau ikut citarasa
CARA-CARANYA:-
1. Potong buah-buahan ikut citarasa. Cuci dan tapiskan. Keringkan dengan kitchen towel. Ketepikan.
2. Panaskan oven pada suhu 180°C.
3. Satukan tepung & baking powder. Kemudian ayak dan ketepikan.
4. Sapukan sedikit butter ke dalam loyang berukuran 9 inci bulat. Kemudian alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
5. Di dalam mangkuk mixer, pukul bahan A hingga ringan dan kembang.
6. Tuangkan 1/2 bahagian telur dan pukul hingga sebati. Tuangkan baki telur tadi dan pukul lagi. Tak perlu lama sangat, dah sebati dah memadai.
7. Masukkan esen vanilla, jus lemon & parutan kulit lemon dan gaul sekejap.
8. Masukkan tepung + baking powder dan pukul lagi dengan speed perlahan hingga rata dan licin. Jangan lama sangat.
9. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disediakan & ratakan dengan spatula.
10. Susunkan buah-buahan ikut citarasa. Jangan ditekan buah-buahan ke dalam adunan, setakat disusun saja di atas.
11. Bakar (180°C) selama 50 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak.
12. Bila kek dah masak, biarkan dulu kek di dalam loyang selama 10 minit. Setelah itu, keluarkan kek dan sejukkan di atas wire rack.
13. Ayakkan atas kek dengan snow powder atau gula icing.
Sumber: Aini Binte Madon