SUP TULANG THAI UNTUK BERBUKA PUASA!
Bahan:
– 3kg tulang rusuk (direbus)
– 4 biji bawang Holland
– 4 biji tomato
– 3 batang serai (diketuk)
– 2 inci halia (diketuk)
– 10 biji bawang merah (hiris halus)
– 6 biji bawang putih (hiris halus)
– Sup bunjut
– Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & bunga cengkih)
Cara penyediaan:
1. Blendkan bawang Holland & tomato.
2. Masukkan halia, serai & sup bunjut ke dalam rebusan daging.
3. Masukkan bahan blend.
4. Goreng bawang merah & bawang putih.
5. Masukkan bawang goreng ke dalam air rebusan daging & kacau rata.
6. Masukkan gula & garam & tunggu sehingga daging empuk.
7. Siap!
Sumber: Resepi Sedap Mudah Buat / Masak With Passion