Search
Search
Wanpaku sandwich teringat skandal

Wanpaku sandwich teringat skandal

Bila orang sibuk nak berdiet, kita pun nak berdiet. Makan-makan juga, diet jangan lupa.

Sekarang pula sangat viral dengan Wanpaku sandwish ni. Saya nak cuba juga menikmati makanan yang padat, tebal dan super sedap ni.

Dengan menggunakan “Mayo Saji” dari SAJI Malaysia gandingan yang sangat sesuai dan menyelerakan.

Mayo saji juga tidak rasa muak ketika dimakan. Malah menjadi pilihan saya sekeluarga.

Jom saya kongsikan resipi untuk anda semua. Boleh dihidangkan sekeluarga.

Bahan-bahan:

1 buku roti Sandwish putih

Sebiji timun jepun

2 biji tomato

Sepokok salad hijau

Sepokok salad merah

1 batang lobak merah

5 biji telur ayam

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 bungkus Ham

1 botol Mayo Saji

1 mangkuk kecil sos thousand island (jika suka)

Sebungkus cheese (jika suka)

Pembalut plastik makanan *untuk sayur-sayuran terpulang kepada pilihan kita.

Cara-caranya:

1. Hiris semua sayuran

2. Rebus telur ayam sehingga masak. Telur tadi dikupas kulitnya dan dilecek sehingga hancur. Kemudian masukkan 3 sudu Mayo Saji dan 1 sudu kecil serbuk lada hitam. Gaul rata.

3. Ham digoreng selama seminit.

4. Lapikkan plastik pembungkus makanan, kemudian letakkan sekeping roti, susun bertingkat-tingkat setiap bahan mengikut kuantiti yg dikehendaki dan jangan lupa letakkan sekali sos Mayo Saji.

5. Akhiri dengan sekeping roti dan dibalut dengan plastik makanan ketat-ketat.

6. Belah dibahagian tengah apabila mahu menikmati Wanpaku sandwish tersebut.

7. Siap. Selamat mencuba.

Kredit Resepi : FB Ziana Chesaad

KeDapur

Nota

Resepi yang ada adalah dari penulis sendiri. Anda boleh cuba mana-mana resepi yang ada.